Monday, November 22, 2010

Bergedil

Memandangkan daging korban masak kicap hari tu tak habis dimakan maka dengan ini saya telah mengambil inisiatif untuk merecycle balik daging tersebut dan dicampurkan ke dalam bergedil.. jadi tak la terbuang dan membazir kan?

Bahan-Bahannya:

1 mangkuk kecil daging yang telah dimasak dan dipotong kecil2
4 biji kentang bersaiz besar - dikupas, dipotong dan digoreng
1 pokok daun soup dimayang halus
1 biji bawang besar potong dadu
2 biji telur dipukul dengan garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara Membuatnya:

1. Tumbuk halus kentang yang telah digoreng
2. Masukkan ke dalam mangkuk daging yang telah dipotong kecil2
3. Masukkan daun soup dan bawang besar
4. Gaul rata - buat bulat2 sebesar bola pingpong, lepas tu leperkan
5. Panaskan minyak untuk menggoreng
6. Cepurkan dalam telur yang telah dipukul
7. Goreng hingga kekuningan
8. Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama soto..

Thursday, October 28, 2010

Meehoon Goreng Lada Sulah

Saya rasa hari ni saya malas nak masak nasi. Sekarang pun da pukul 11.20 pagi.. lepas ni saya nak goreng mee sahajalah - nanti pandai2lah saya jawap kalau suami saya tanya kenapa awak tak masak nasi hari ni??

Bahan-Bahannya

1 bungkus meehoon - direndam
1/2 kg daging lembu - direbus dan dihiris nipis
1 pokok sawi - dipotong 1"
1 biji carrot - sliced
50 sen tauge buang ekor (hari ni takdak tauge - malas nak gi beli)

Bahan untuk diblender

5 Ulas bawang merah
5 Ulas bawang puteh
1" halia
Sejemput ikan bilis
2 sudu besar lada sulah

Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara-cara:

1. Tumis bahan yang diblender sehingga garing - tak garing tak sedap

2. Masukkan daging, garam, serbuk perasa gaul rata

3. Masukkan meehoon dan carrot sekali jalan - gaul

4. Agak2 da sebati baru masukkan sawi dan taugeh.

5. Tutup api. Bolehla dimakan.

* Kalau nak pecahkan telur pun boleh juga - masukkan telur selepas daging mesra*

Nak suruh korang cuba, mesti korang da pernah cuba dan selalu da goreng mee kan.. saya suka2 saje nak menulis resipi ni, sebab saya tengah rajjjiiinnn menulis resepi.. cuma saya belum kemas rumah dan basuh baju sahaja...

Kek Batik Biskut Jari-Jari

Hari Isnin lepas, saya telah membuat kek batik ini, dan baru sahaja habis dimakan semalam oleh saya dan anak2 saya... kami makan secara berjimat cermat, sebab sedap sangat dan sayang kalau habis cepat.. Sangat senang untuk dibuat, pejam mata pun boleh buat.. tapi tak tau la jadi apa lepas tu..

Bahan-bahannya:

150gr biskut jari-jari
1 cawan serbuk milo
1 cawan susu pekat
2 sudu gula halus
3/4 cawan butter

Cara Membuatnya

1. Cairkan dulu butter tu dalam kuali atas api kecik2 (nak cairkan guna kaedah double boiler pun bole jugak.. tapi saya malas nak basuh periuk.. hehehe)

2. Masukkan milo, gula halus dan susu pekat - gaul sampai sebati dan nampak berkilat sikit..

3. Lepas da rata, masukkan biskut jari-jari tu, ratakan semua - jangan sampai ada yang tak dapat milo

4. Masukkan dalam bekas tupperware ke apa ke - mampatkan sampai mampat lah..

5. Sejukkan dan bubuh dalam esbok barang 1 jam 2 jam baru boleh dimakan dengan sedapnya. Kalau nak makan dan dan tu aje boleh juga tapi cair jer la.. kalau da masuk dalam esbok barulah mengancam..

6. Nak makan potong - sangat cantik dia punya corak. Sebenarnya resepi asal adalah menggunakan biskut marie, tapi saya nak guna biskut jari-jari jugak.. tak mau biskut marie.

Cuba jangan tak cuba tau..

Kek Coklat2

Ini saya belum cuba, tapi tengok dari gambar nampaknya memang sedap. Adakah saya akan kembali gemok sebab saya rasa macam nak makan kek tersebut time tu juga... Mudah2an saya maintain macam ni sahaja.. tak gemok dan tak kurus:

Bahan-bahannya:

1 cawan butter
1 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko

1 st bikarbonat
1 st baking powder
1 st garam halus
1 1/2 cawan tepung gandum

1 st esen vanilla

3 biji telur ayam

Cara-cara Membuatnya

1. Panaskan oven

2. Bancuh koko + air panas - ketepikan

3. Ayak tepung gandum + bikarbonate + baking powder + garam - ketepikan

4. Putarkan butter + gula sehingga gebuz, bila da gebuz masukkan telur sebiji demi sebiji - gaul rata.

5. Masukkan adunan tepung - gaul rata2 lagi

6. Curahkan adunan koko tadi ke dalam adunan tepung tadi tuh.. gaul rata lagi.

7. Masuk dalam loyang 8 x 8, bakar selama 50 minit dalam suhu 175 darjah celcius (cam na nak buat dlm komputer hah darjah celcius tu???)

8. Kluarkan dan potong2 dulu sebelum makan - jangan lupa bagi jiran kalau ada lebih tau.

Ok selamat mencuba - walaupun saya belum cuba, saya tau.. memang sedap... yummy.

Kek Coklat

Disebabkan minggu ni minggu kek sedunia.. hehehe.. hari ni saya telah membuat sebji kek coklat yang sedap pada pendapat saya.. pendapat orang lain x tau lagi, sebab diaorang blum balik kerja dan balik sekolah:

Bahan-Bahannya:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus

3 biji telur

Cara-Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven

2. Masak koko + gula halus + susu cair + minyak + susu pekat sehingga larut - ketepikan.

2. Ayak tepung gandum + bikabonat + baking powder + garam halus - ketepikan

3. Pukul telur hingga kembang, masukkan adunan koko dan gaul rata.

4. Masukkan adunan tepung dan gaul lagi hingga sebati

5. Masuk dalam loyang 8 x 8 - bolehlah dibakar selama 50 minit pada suhu 175 darjah.

6. Bila da masak, kluarkan dari loyang - sedia untuk dimakan.

*Boleh juga dikukus selama 2 jam*

*Selamat mencuba*

Tuesday, July 13, 2010

Daging Berempah + Nanas

Hari ini aku saja aje nak test resipi ni.. Alhamdulillah mendapat pujian dari anak2 dan hubby tersayang.. Boleh dimakan dengan nasi ataupun dengan roti.

Bahan-bahannya:

500 gram daging lembu

Nanas dipotong kiub secukupnya}
1 biji lada merah dihiris }
1 labu bawang besar }

3 ulas bawang merah}
3 ulas bawang putih} dikisar
1/2 inci halia }

3 sb rempah kari daging
3 sb sos tomato
1 sb kicap pekat manis

Rempah Penumis

Garam, serbuk perasa, gula

Cara-Cara

1. Rebus daging hingga empuk - setelah empuk bolehlah dihiris nipis
2. Panaskan minyak. Tumis rempah penumis, masukkan bahan yang telah dikisar
3. Masukkan rempah kari, masak hingga pecah minyak
4. Masukkan daging, sos tomato dan kicap manis
5. Tambah garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa
6. Masukkan nanas, lada merah dan hirisan bawang besar
7. Masak lagi untuk beberapa minit.
8. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, February 25, 2010

Pizza Simple


Amiera yang suruh aku buatkan pizza ini, nak jual kat sekolah.. ada event apa ntah kat sekolah dia.

Bahan:
Doh
1 kg tepung gandum
250 gram planta
Yis basah 1/2 buku (yis brand lazat size s)
1 st bread improver
1 st bread softerner
2 sm gula
2 st gram

Inti
Sosej
Sayur campur
Mayonis
Sos Cili

Cara:
1. Mula2 sediakan doh dulu. Amek tepung gandum, ayak sekali dengan improver dan softner.
2. Masukkan planta, gaul rata
3. Bancuh yis dengan air suam yang telah dicampur dengan gula dan garam
4. Masukkan bancuhan yis dalam tepung, uli sampai tak melekat kat tangan - ketepikan lebih kurang 15 minit.
5. Bila tepung dan naik, buat bulat2 - 1 biji aku buat 50 gram - 1 kg tepung dapat 34 biji - biarkan lagi dalam 10 minit
6. Ambil tepung yang dah naik tu, ratakan atas papan pencanai
7. Letakkan sebatang sosej, gulung rata tepung
8. Slicekan tapi jangan sampai putus, kalau nak buat 8 kelopak - slice 8
9. Kuakkan tepung - buat macam bentuk bunga
10. Bubuh sayur campur, mayo dan cili sos
11. Bakar - suhu 170 lebih kurang 20 - 25 minit
12. Siappp..

Jeli Kelapa


Dah beberapa kali Najwa kata nak jeli kelapa. So, pagi tadi tergerak pulak aku nak buatkan dia jeli kelapa ni:

Bahan:
1/2 bungkus agar2
1 biji kelapa muda - ambil air dan isinya
4 cawan air kelapa muda (kalau dapat banyak lagi bagus)
5 cawan air biasa
Gula secukup manis
Secubit garam

Cara:
1. Rebuskan agar-agar dengan air biasa sampai hancur lepastu masukkan air kelapa muda.
2. Sementara tu, sagatkan isi kelapa - ketepikan
3. Bubuhlah gula secukup manis dan sedikit garam untuk rasa lemak
4. Tuangkan larutan agar2 dalam cup.
5. Masukkan sedikit isi kelapa
6. Sejukkan.. dah boleh makan.

Wednesday, February 17, 2010

Cucur udang

Bahan:

Tepung gandum
Taugeh
Baking powder
Garam

Udang basah

Sos
Kalau malas guna ajelah ready chili sause
Kalau rajin boleh buat sos sendiri

Cara:

1. Gaul semua bahan di atas (jadikan taugeh sbg bahan penaik)
2. Perap sekejap
3. Panaskan minyak
4. Sendukkan adunan dalam senduk kecil bubuh udang sekor
5. Goreng hingga masak
6. Cecah dalam sos bila nak makan

Kuih Kasui

Hari tu aku balik kampung, kak im bg hint resepi kuih ini:

Bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung ubi
Gula melaka secukup manis
11 - 11 1/2 cawan air

Kelapa parut ditambah sedikit garam

Cara:

1. Blend semua bahan2 di atas
2. Kukus selama 1 1/2 - 2 jam
3. Bila dah sejuk baru boleh dipotong
4. Tabur kelapa parut
5. Siap

Saturday, February 13, 2010

Ikan Caru Bakar

Walaupun resepi ini amat simple tetapi ia juga masakan yang sihat. Mungkin dalam sebulan aku akan memasak 2 atau 3 kali.

Bahan:

3 ekor ikan caru
Secubit garam
Serbuk kunyit
Serbuk lada

Kicap secukupnya
Serbuk perasa
10 biji cili api
1 labu bawang besar
2 biji limau kasturi

Cara:

1. Lumurkan ikan caru yang dah disiang ngan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada
2. Bakar ikan atas kuali x melekat, terbalik2kan biar masak rata
3. Sementara itu, hiris bawang dan lada cili. Bubuh kicap secukupnya. Bubuh secubit serbuk perasa dan perahkan air limau nipis/kasturi.
4. Siap.

Rojak Buah

Selalunya kalau teringin nak makan rojak buah/rojak petis, my hubby ajak aku gi Taman Kota Masai untuk membeli daripada seorang kakak yang menjual rojak di situ. Kalau nak senang gunakan sahaja sos rojak buah yang dah siap. Tapi aku tak berapa nak suka sos dah siap tu sebab tak sesuai ngan citarasa aku, so setelah memerhati dan menolong masa rewang rumah Kak Sue, aku telah mencuba sendiri di rumah. Hasilnya amat menggalakkan kerana mendapat pujian dari my hubby.

Bahan:
Buah-buahan (ikut suka)
Aku guna nanas, epal, jambu air, sengkuang dan timun

Sos:
1 botol petis
1/3 buku gula melaka dihaluskan
7 tangkai cili kering*
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
(* goreng)
1 biji limau kasturi
Kacang tanah
(goreng dan blend kasar)

Cara:

1. Potong buah2an - ketepikan
2. Blend bahan sos - ketepikan
3. Bila nak dihidangkan:
(a) amek buah2an potong
(b) curahkan sos - gaul
(c) perahkan air limau
(d) taburkan kacang tanah
4. Siap

Tuesday, February 9, 2010

Ayam Golek Ala Cik Kin



Sempena pengantin Ain anak Kak Sue pada 7/2/2010 yang lalu maka Kin dengan sukarelanya telah mengajak aku memasak ayam golek ini sebagai lauk yang akan disajikan masa makan beradab.

Bahannya:

1 ekor ayam
serbuk kunyit
garam

1 paket santan
2 sb jintan manis
2 sb jintan kasar
7 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
** kisar bersama

Daun salad
timun
karot

Cara:

1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kukus selama 1 jam. Toskan.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar. Bila dah naik minyak, masukkan santan, garam, gula dan serbuk perasa. Ketepikan.
3. Lumurkan ayam dengan sedikit bahan tumis yang telah masak tadi. Panggang ayam selama lebih kurang 30 minit.
4. Bila dah masak, keluarkan.
5. Hiaslah ayam sekreatif yang anda boleh lakukan.
6. Siap dan bolehlah dihidangkan di atas meja pengantin. (Tapi pengantin makan cikit ajer sebab malu).
2.

Thursday, January 28, 2010

Kek batik biskut marie

Bahan:

1 bungkus biskut marie (350gram)

2 biji telur

125 gram butter

1 cawan koko
1/2 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1 cawan air

Cara:

1. Patah-patahkan biskut - ketepikan
2. Campurkan koko, milo, susu pekat, gula dan air dimasak dalam kuali (senang sikit nak buat kerja), gaul rata.
3. Bubuh butter - gaul lagi.
4. Sementara tu pukul telur guna garfu hingga sebati. Tuangkan dalam adunan yang ada dalam kuali tu. Gaul lagi hingga rata dan pekat.
5. Bila dah pekat, matikan api.
6. Masukkan biskut marie agar diselaputi dengan coklat.
7. Sendukkan dalam loyang, tekan untuk padatkan dia.
8. Sejukkan, simpan dalam esbok.
9. Siap.

Kek Gula Hangus

Bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sb bikarbonate of soda
(ayak sekali)

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sb butter

1 cawan susu pekat
3 biji telur


Cara:
1. Gula dimasak hingga hangus, tambahkan air, gaul rata.
2. Bubuh butter, gaul lagi - sejukkan.
3. Pukul telur hingga kembang, bubuh susu pekat - kacau rata.
4. Masukkan tepung, kaup-kaupkan sampai sebati semuanya.
5. Masukkan adunan gula hangus tadi tu.
6. Perap adunan selama 2 - 3 jam.
7. Bakar dalam oven. Suhu 170 darjah selama lebih kurang 1 jam (dalam 10 minit gi tengok.. takut hangus).
8. Siap.

Wednesday, January 27, 2010

Kaya Blossom Cake

Kueh ini sudah lama tidak kubuat, kerana aku malas, kueh ini asal intinya ialah inti kelapa (yang buat dadar gulung tu). Idea menggunakan kaya adalah dari emak Huda.

Bahan:

2 cawan tepung hong kong/alternatif lain tepung gandum pun boleh
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 st ovallete
1/2 cawan air pati daun pandan (daun pandan diblend)
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air biasa (tambah air jika perlu)
1 st warna hijau

Kaya secukupnya

Cara:

1. Pukul telur + ovallete hingga putih.
2. Masukkan gula, pati pandan, santan pekat
3. Masukkan tepung, kaup-kaupkan biar rata
4. Bila dah siap, susunkan paper cup dalam loyangnye (kalau tak de loyang utuk paper cup boleh la masukkan dalam cawan kueh lompang)
5. Sudukan adunan tepung dalam paper cup, pancitkan kaya secukup rasa, sudukan lagi tepung.
6. Kukus lebih kurang 15 - 20 minit. Siap.

** kaya boleh diganti dengan blueberry jem, strawberry jem atau sewaktu dengannya.

Puding Kastad berkuah

Resepi feberet semasa bulan puasa:

Bahan:

1 cawan kastad
5 cawan air (kalau nak tambah susu cair pun boleh juga)
sedikit garam

1 tin susu cair
1 liter air
3 sb kastad - larutkan dengan sedikit air
1/2 cawan gula pasir
1 st esen vanila
Secubit garam

Buah2an coktail dalam tin

Cara:
1. Gaul rata kastad, air dan garam. Masak hingga pekat. masukkan dalam acuan kecik, ataupun kalau malas bubuh aje dalam loyang. Sejukkan.
2. Untuk kuahnya - Masak air hingga mendidih, masukkan larutan kastad, gaul rata. Tambahkan gula dan secubit garam.
3. Kecikkan api, masukkan susu cair, dan kacau rata. Bubuh vanilla sekali.
4. Sejukkan.
6. Bila dah nak makan, ambil 1 biji kastad yang dah beku, tambahkan sedikit coktail (kalau nak banyak.. aku tak kesah). Tuangkan kuah.
7. Siap untuk dimakan. Sejuk aje masuk dalam tekak.

Kastad jagung

Ini adalah resipi basic kastad - sangat simple dan tak ambil masa yang lama untuk membuatnya. Cuma akan mengambil masa sedikit kalau bahan tak der.. ialah kena pergi kedai dan bla.. bla..

Bahan:

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung tin
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
4 cawan air biasa
Secubit garam

Cara:

1. Masukkan semua bahan dalam kuali. Gaul rata - hingga semuanya larut
2. Pasang api, mulalah menggodek adunan tersebut hingga pekat.
3. Kecikkan api, biar sekejap lagi.
4. Masukkan dalam loyang dan sejukkan.
5. Siap.

Puding Roti

Bahan:

8 keping roti
1 tin susu cair

1 bungkus agar-agar
1 1/2 cawan gula pasir

5 sb tepung kastad
2 st esen vanilla
2 biji telur

Pewarna kuning dan coklat (boleh guna coklat emulco)

Cara:

1. Siat roti kecik2 lepas tu rendam dalam susu.
2. Rebus agar-agar dengan 6 cawan air hingga hancur
3. Masukkan gula - rebus lagi hingga pekat sedikit (sementara tu boleh tengok tv).
4. Pukul telur dan tepung kastad - guna garfu/senduk
5. Masukkan roti yang telah direndam tadi ke dalam agar-agar - gaul sebati.
6. Tuangkan adunan telur dan kastad - kacau rata biar tak begentel. Masakkan hingga mendidih sambil terus mengacaunye.
7. Ambil 3 senduk dan bubuh warna coklat, selebihnya bubuh warna kuning
8. Susun selapis demi selapis (ikut kreativiti sendiri mau ingat)
9. Siap, bolehlah disejukkan sebelum dimakan.

Sambal Udang

Sambal udang ini febret bulan kecik.

Bahannya:
20 ekor udang sederhana besar - kopek bersih.

9 tangkai cili kering
5 ulas bawang kecik
3 ulas bawang putih
1/2" halia
1/4" kunyit
Sejemput ikan bilis
(blend semua, jangan lupa tambah sedikit minyak supaya biji cilinya hancus)

Sebiji bawang besar dihiris
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air asam jawa

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan blend hingga naik bau.
2. Bubuh garam dan serbuk perasa
3. Bubuh udang. Biar dalam 5 - 6 minit. Jangan lama sangat nanti udang jadi keras.
4. Bubuh sedikit gula dan air asam jawa.
5. Taburkan bawang besar.
6. Siap.

Jemput-jemput Ikan Bilis

Resipi ini aku dapat dari adik ipar aku Jah namanya.

2 cawan Tepung gandum
2 sb ikan bilis kopek
1 labu bawang besar
Garam
Serbuk perasa
Air panas untuk membancuh

Cara:

1. Gaul rata semua bahan di atas.
2. Larutkan garam dalam sedikit air, campur sekali dengan serbuk perasa.
3. Curahkan air panas, sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang telah digaul itu. Adunan hendaklah tidak cair sangat, sedang baik gitu.
4. Goreng la tepung tersebut supaya menjadi jemput-jemput yang boleh dimakan.
5. Enak sekali dimakan dengan sambal kicap dalam post sebelum ini.

Tahu Goreng & Sambal Kicap

Resipi ni senang sahaja, tapi sedap dimakan. Masakan ini pun aku masak hari ini.

8 keping tahu

7 biji cili api
5 ulas bawang putih
Gula
Serbuk perasa
Kicap manis

Cara:

1. Goreng tahu
2. Tumbuk cili api dan bawang putih
3. Tambah gula dan serbuk perasa
4. Masukkan kicap
5. Siap (dia orang tengah makan pun. Sambal ini juga sesuai untuk jemput-jemput ikan bilis. Nyam nyam.. sedap tu.

Ikan Bawal Masam Manis

Hari ni, inilah yang aku masak:

1 ekor ikan bawal sederhana besarnya
Serbuk kunyit

1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2" halia
1 biji lada merah
(hiris)

3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1 sb sos tiram

Timun potong dadu
Nanas potong dadu (** telupa beli nanas tadi)
Tomato potong dadu
Daun soup/daun bawang (potong seinci-seinci)

1 sb air perahan limau kasturi/nipis
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara:

1. Setelah dibersihkan, gaul kunyit dan garam pd ikan
2. Goreng hingga masak - ketepikan
3. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dihiris hingga layu
4. Masukkan semua sos yang tersebut di atas, tambah garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Tambah sedikit air. Tunggu hingga mendidih. Tambah air limau nipis/kasturi.
6. Masukkan ikan, timun dan nanas.
7. Bubuh tomato dan daun soup/bawang. Tutup api.
8. Sedia untuk dimakan.. sebelum makan, jangan lupa bersihkan dapur dulu.

Dhal Kari

Bahan

1/2 kg tetel/daging lembu pun boleh
1 biji terung
5 tangkai kacang panjang
2 biji kentang
1/2 biji lobak
1 cawan kacang dal - rebus sampai kembang
3 sb serbuk kari

5 Ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1" halia
1" kunyit
(blend)

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
(hiris)
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan
Santan
Garam
Serbuk perasa

Cara:
1. Gaul daging/tetel dengan serbuk kari, garam dan bahan yang diblend tadi - ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis kayu manis dan bunga lawang.
3. Masukkan bawang hiris, tunggu hingga naik bau.
4. Masukkan daging, bubuh garam dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Bubuh sedikit air, tunggu hingga empuk.
6. Masukkan santan cair.
7. Masukkan sayuran bermula dengan kentang dan kacang dhal (kalau tak bubuh kacang dhal tak der maknanye masakan ini)
8. Masukkan sayuran yang lain beserta daun pandan.
9. Bubuh santan pekat dan air asam jawa. Rasa garam.
10. Siap. Boleh dimakan dengan nasi tomato atau apa sahaja jenis nasi. Paling best dimakan dengan roti jala. Sedap beb..

Nasi Tomato ala Bulan Hijau

Bahan untuk nasi tomato:

4 cawan beras basmathi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan
3 sb susu cair
3 sb minyak sapi
3 sb tomato puree
garam secukupnya
air secukupnya

Cara
1. Panaskan minyak sapi
2. Tumis kayu manis dan bunga lawang
3. Tumis segala bawang dan halia hingga naik bau
4. Masukkan air, susu cair, tomato puree dan garam
5. Masukkan beras, bubuh daun pandan.
6. Masuk dalam rice cooker.

Bahan ayam masak merah

1 ekor ayam - potong 12 (ikut suka la nak potong berapa)
Serbuk kunyit

1 batang kayu
2 kuntum bunga lawang

**1 biji tomato
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1" halia
1" lengkuas
3 batang serai
15 tangkai lada kering**
(bahan di atas hendaklah diblend)

3 sb Tomato puree
4 sb Tomato sos
4 sb Cili sos
2 sb susu cair
1/2 kiub ayam
Daun bawang yang dipotong seinci2
Garam
Gula
Serbuk perasa
Kacang peas untuk tabur (tak de pun tak per)

Cara:
1. Goreng ayam hingga masak - ketepikan.
2. Kurangkan minyak, tumis kayu manis dan bunga lawang
3. Tumis bahan yang telah diblend hingga naik bau
4. Masukkan sos cili, sos tomato, tomato puree. Bubuh sedikit air.
5. Tambah garam, gula dan serbuk perasa
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
7. Bila dah masak, bubuh susu cair dan kiub ayam - gaul rata.
8. Taburkan daun bawang.

Bahan pencuk (rojak)

1 biji nanas
1 biji timun
1/2 biji lobak
1 biji lada merah
1 labu bawang besar
Garam
Gula
Perahan air limau nipis

Cara:
1. Racik semua buah dan sayuran. Ikut kreativiti masing-masing.
2. Gaul semua sekali, tambahkan garam, gula dan perahan air limau nipis.

Kalau rajin bolehlah buat dal sekali. Kalau malas, makan nasi tomato dengan ayam masak merah dan pencuk sahaja.. Itupun dah sedap dah.

Nasi Ayam ala Bulan Hijau

Nampak saja macam complicated, tapi bila dah try, sonang ajo tuu..

Bahan utama

1 ekor ayam - potong 12

4 cawan beras basmathi
3 helai daun pandan
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1" halia*
(* hiris - untuk nasi)

5 ulas bawang merah**
5 ulas bawang putih**
1" halia**
1 sb lada sulah**
(blend together - untuk soup)

12 tangkai lada basah merah***
5 ulas bawang putih***
1/2" halia***
(*** blend together untuk sambal)
1 sb perahan limau nipis

Garam
Gula
Serbuk perasa
Serbuk lada
Kicap/madu

Daun soup
Daun salad
Timun
Bawang goreng

Cara:
1. Rebus ayam bersama halia yang telah diketuk
2. Tambah garam secukupnya.
3. Bila dah masak, asingkan ayam dan stok

Untuk memasak nasinyer:
1. Panaskan minyak (minyak lebih sedikit)
2. Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan bawang2 yang telah dihiris itu.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh beserta air rebusan ayam. Tambah sedikit garam (rasanya biar masin sikit - sebab garam tu nanti meresap dalam nasi)
4. Masukkan daun pandan
5. Pindahkan dalam rice cooker.

Untuk ayam goreng:
1. Ambil bahagian yang berisi sahaja. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam, serbuk perasa, sedikit serbuk lada dan sedikit kicap/madu. (kalau nak perap pun boleh juga).
2. Gorengkan ayam hingga masak.

Sambal Nasi ayam:
1. Blendkan lada merah, bawang putih dan halia
2. Didihkan dalam periuk. Bila dah mendidih, tambahkan garam dan gula.
3. Masukkan air perahan limau nipis untuk rasa masam. (sambal nasi ayam ini rasanya masam2 manis)

Soup Nasi ayam:
1. Tumiskan bahan blend hingga garing.
2. Masukkan tulang2 ayam (lebihan dari ayam goreng).
3. Masukkan stok ayam yang lebih dari masak nasi tadi
4. Bila dah mendidih, bubuh sedikit air asam jawa.
5. Bubuh bawang goreng dan daun soup.

Bila semuanya sudah masak bolehlah makan. Jangan lupa beri pada jiran kalau masak lebih.

Sambal Sardin Bulan Hijau

Bahan:

1 tin kecik sardin

5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1" halia*
5 tangkai cili kering*
(* blend)

Air asam jawa
Gula
Garam
Serbuk perasa


Cara:

1. Keluarkan sardin dari tin, asingkan ikan dengan kuahnya
2. Goreng kering sardin (jaga2.. tutup kuali tu, sebab akan berlaku letupan.. hahaha)- ketepikan
3. Cuci balik kuali, panaskan minyak
4. Tumis bahan blend hingga garing
4. Masukkan kuah sardin tadi
5. Masukkan air asam jawa
6. Bubuh gula, garam, serbuk perasa
7. Masukkan sardin
8. Taburkan dengan hirisan bawang besar
9. Sedia untuk dimakan - makan dengan roti pun sodap.

Ayam masak kurma ibuku

1 ekor ayam dipotong 4
1 peket rempah kurma
1 senduk kerisek
1 mangkuk santan
2 batang serai diketuk
Sedikit Kayu manis, bunga lawang
Sedikit gula
Garam
Serbuk perasa
Air asam jawa

7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
(* Blend)

Cara:

1. Tumis kayu manis + bunga lawang
2. Masukkan bahan blend, tumis hingga garing
3. Masukkan rempah kurma tumis lagi
4. Masukkan ayam, garam, serbuk perasa dan gula - sehingga masak
5. Bubuh santan dan air asam jawa
6. Bubuh kerisek
7. Siap.. boleh dimakan!

Kalau nak sedap lagi:

Keluarkan ayam daripada kuahnya. Goreng seketika. Curahkan kuah ke atas ayam. Nyam nyam sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau berdiet, x payah makan nasi, makan ayam sahaja..

Roti John Bulan Hijau

Kalau rasa lapar dan malas nak masak cubalah resipi ni:

Bahan:
4 buku roti john
sedikit butter

2 keping daging burger - direbus, toskan, lenyek
2 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah

Sos Cili
Sos Lada Hitam
Mayonis

Salad, timun, karot - dicincang halus

Cara:

1. Campur rata daging burger yang telah dilenyek dengan telur dan sedikit lada sulah.
2. Panaskan kuali leper bubuh sedikit butter
3. Masukkan sesenduk campuran daging tadi
4. Biarkan 3/4 masak
5. Belah dua roti john, sapu sedikit butter
6. Telungkupkan roti atas daging
7. Tunggu hingga betul2 masak

Proses seterusnya:

Angkat roti, bubuh sayuran, cili sos, sos lada hitam dan mayonis. Sedia untuk dimakan.

Masak Sate Ibuku

1 ekor ayam - potong empat

350 gram gula pasir
15 batang cili kering - dikisar
1 mangkuk santan

10 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
1" halia*
1" kunyit*
1" lengkuas*

** bahan bertanda * hendaklah diblend bersama. Lepas itu bahagi kepada 2 bahagian.

Garam
Serbuk Perasa

Cara:

1. Bersihkan ayam, perap dengan 1 bahagian bahan blend,gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. - perapkan(Lagi lama lagi meresap bumbunya).
2. Setelah beberapa jam berlalu, panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak.
3. Tumiskan bahan yang diblend separuh lagi.
4. Masukkan cili kering yang telah dikisar tadi. Tumiskan lagi.
5. Tuangkan bahan yang telah ditumis itu ke dalam ayam yang sudah diperap tadi.
6. Masaklah sehingga ayam betul-betul masak.
7. Masukkan santan. Rasa garam, tambah jika perlu.
** Proses memasak siap.
Selepas itu:
1. Keluarkan ayam dari dalam periuk - ayam sahaja tau
2. Panggang ayam untuk menambah keenakan sate tersebut.

Cara menghidang:
Curahkan kuah ke atas ayam. Sedap dimakan bersama lontong pisang buatan ibuku, ataupun ketupat daun palas yang dibeli oleh kakakku, serta ketupat pemberian jiran-jiranku. Dia punya sedap, sehingga menjilat jari dan lupa aku tengah diet.

Kari Ayam Ibu Mertuaku

Bahan

1 ekor ayam - potong 8
2 bungkus kecil serbuk kari baba's

5 ulas bawang merah}
5 ulas bawang putih} Blend
1/2" halia }

5 Ulas bawang merah} Hiris
5 ulas bawang putih}

2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih

3 helai daun pandan

Santan secukupnya

Cara:

1. Perapkan ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kari, bahan yang telah diblend
2. Tambahkan garam dan serbuk perasa
3. Panaskan sedikit minyak, tumiskan daun kari dan rencah penumis. Masukkan bawang yang telah dihiris tadi.
4. Masukkan ayam yang telah diperap. Tambah sedikit air. Biarkan seketika.
5. Bila sudah mendidih, rasa garam.
6. Masukkan santan cair dan daun pandan
7. Masukkan santan pekat.
8. Last sekali, bubuh air asam.
9. Bila dah masak - bolehlah dimakan.

** Kalau nak bubuh kentang dan tomato pun boleh juga. Kentang hendaklah dimasukkan seiring dengan ayam agar empuk.

Bingka Labu

Bahan-bahan

1 mangkuk labu yang dah dikupas
1 st garam

1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 biji telur (kalau kecik 3 biji)
1 cawan santan

3/4 cawan butter yang dicairkan

Cara:

1. Rebus labu hingga lembut + garam, toskan, lecek sampai halus
2. Blendkan gula, tepung, telur dan santan sampai rata.
3. Masukkan labu
4. Masukkan butter cair
5. Oleskan loyang dengan sedikit butter
6. Masukkan adunan dalam loyang
7. Bakar pada suhu 170 C lebih kurang 1 jam
8. Sejukkan agar boleh dipotong.
9. Ok, boleh makan dah

Donut

Bahan

1 kg tepung gandum
1 paket yis segera
1 cawan gula
1 3/4 cawan planta/butter
2 1/2 cawan air

Cara:

1. Bancuh yis + gula + air - ketepikan dulu
2. Gaul rata tepung + butter
3. Tuangkan air bancuhan yis sedikit demi sedikit, uli sampai lembut
4. Perap sampai naik (lebih kurang 1/2 jam)
5. Ambil loyang, lepas tu taburkan sedikit tepung
6. Jemput2kan adunan dalam loyang tadi.
7. Buat lubang di tengah.
8. Sambil buat tu sambil goreng
9. Bila dah angkat, tabur gula halus
10. Ok, sedia untuk dihidang.

Dadih

Bahan-bahan

1/3 bungkus agar-agar
6 cawan air
1 cawan gula
1 st garam

1/2 cawan susu tepung dibancuh dengan sedikit air

1 kotak besar susu dutch lady (perisa ikut suka)

Cara Membuatnya

1. Rebus agar-agar + air hingga hancur.
2. Bubuh gula dan garam
3. Masukkan susu tepung, gaul sebati
4. Masukkan susu dutch lady, gaul lagi sampai rata
5. Bubuh dadih dalam cawan kecik, sejukkan.
6. Nak sedap lagi sejukkan dalam peti sejuk
7. Sedia untuk dimakan.