Thursday, October 28, 2010

Meehoon Goreng Lada Sulah

Saya rasa hari ni saya malas nak masak nasi. Sekarang pun da pukul 11.20 pagi.. lepas ni saya nak goreng mee sahajalah - nanti pandai2lah saya jawap kalau suami saya tanya kenapa awak tak masak nasi hari ni??

Bahan-Bahannya

1 bungkus meehoon - direndam
1/2 kg daging lembu - direbus dan dihiris nipis
1 pokok sawi - dipotong 1"
1 biji carrot - sliced
50 sen tauge buang ekor (hari ni takdak tauge - malas nak gi beli)

Bahan untuk diblender

5 Ulas bawang merah
5 Ulas bawang puteh
1" halia
Sejemput ikan bilis
2 sudu besar lada sulah

Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara-cara:

1. Tumis bahan yang diblender sehingga garing - tak garing tak sedap

2. Masukkan daging, garam, serbuk perasa gaul rata

3. Masukkan meehoon dan carrot sekali jalan - gaul

4. Agak2 da sebati baru masukkan sawi dan taugeh.

5. Tutup api. Bolehla dimakan.

* Kalau nak pecahkan telur pun boleh juga - masukkan telur selepas daging mesra*

Nak suruh korang cuba, mesti korang da pernah cuba dan selalu da goreng mee kan.. saya suka2 saje nak menulis resipi ni, sebab saya tengah rajjjiiinnn menulis resepi.. cuma saya belum kemas rumah dan basuh baju sahaja...

Kek Batik Biskut Jari-Jari

Hari Isnin lepas, saya telah membuat kek batik ini, dan baru sahaja habis dimakan semalam oleh saya dan anak2 saya... kami makan secara berjimat cermat, sebab sedap sangat dan sayang kalau habis cepat.. Sangat senang untuk dibuat, pejam mata pun boleh buat.. tapi tak tau la jadi apa lepas tu..

Bahan-bahannya:

150gr biskut jari-jari
1 cawan serbuk milo
1 cawan susu pekat
2 sudu gula halus
3/4 cawan butter

Cara Membuatnya

1. Cairkan dulu butter tu dalam kuali atas api kecik2 (nak cairkan guna kaedah double boiler pun bole jugak.. tapi saya malas nak basuh periuk.. hehehe)

2. Masukkan milo, gula halus dan susu pekat - gaul sampai sebati dan nampak berkilat sikit..

3. Lepas da rata, masukkan biskut jari-jari tu, ratakan semua - jangan sampai ada yang tak dapat milo

4. Masukkan dalam bekas tupperware ke apa ke - mampatkan sampai mampat lah..

5. Sejukkan dan bubuh dalam esbok barang 1 jam 2 jam baru boleh dimakan dengan sedapnya. Kalau nak makan dan dan tu aje boleh juga tapi cair jer la.. kalau da masuk dalam esbok barulah mengancam..

6. Nak makan potong - sangat cantik dia punya corak. Sebenarnya resepi asal adalah menggunakan biskut marie, tapi saya nak guna biskut jari-jari jugak.. tak mau biskut marie.

Cuba jangan tak cuba tau..

Kek Coklat2

Ini saya belum cuba, tapi tengok dari gambar nampaknya memang sedap. Adakah saya akan kembali gemok sebab saya rasa macam nak makan kek tersebut time tu juga... Mudah2an saya maintain macam ni sahaja.. tak gemok dan tak kurus:

Bahan-bahannya:

1 cawan butter
1 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko

1 st bikarbonat
1 st baking powder
1 st garam halus
1 1/2 cawan tepung gandum

1 st esen vanilla

3 biji telur ayam

Cara-cara Membuatnya

1. Panaskan oven

2. Bancuh koko + air panas - ketepikan

3. Ayak tepung gandum + bikarbonate + baking powder + garam - ketepikan

4. Putarkan butter + gula sehingga gebuz, bila da gebuz masukkan telur sebiji demi sebiji - gaul rata.

5. Masukkan adunan tepung - gaul rata2 lagi

6. Curahkan adunan koko tadi ke dalam adunan tepung tadi tuh.. gaul rata lagi.

7. Masuk dalam loyang 8 x 8, bakar selama 50 minit dalam suhu 175 darjah celcius (cam na nak buat dlm komputer hah darjah celcius tu???)

8. Kluarkan dan potong2 dulu sebelum makan - jangan lupa bagi jiran kalau ada lebih tau.

Ok selamat mencuba - walaupun saya belum cuba, saya tau.. memang sedap... yummy.

Kek Coklat

Disebabkan minggu ni minggu kek sedunia.. hehehe.. hari ni saya telah membuat sebji kek coklat yang sedap pada pendapat saya.. pendapat orang lain x tau lagi, sebab diaorang blum balik kerja dan balik sekolah:

Bahan-Bahannya:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus

3 biji telur

Cara-Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven

2. Masak koko + gula halus + susu cair + minyak + susu pekat sehingga larut - ketepikan.

2. Ayak tepung gandum + bikabonat + baking powder + garam halus - ketepikan

3. Pukul telur hingga kembang, masukkan adunan koko dan gaul rata.

4. Masukkan adunan tepung dan gaul lagi hingga sebati

5. Masuk dalam loyang 8 x 8 - bolehlah dibakar selama 50 minit pada suhu 175 darjah.

6. Bila da masak, kluarkan dari loyang - sedia untuk dimakan.

*Boleh juga dikukus selama 2 jam*

*Selamat mencuba*