Thursday, January 28, 2010

Kek batik biskut marie

Bahan:

1 bungkus biskut marie (350gram)

2 biji telur

125 gram butter

1 cawan koko
1/2 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1 cawan air

Cara:

1. Patah-patahkan biskut - ketepikan
2. Campurkan koko, milo, susu pekat, gula dan air dimasak dalam kuali (senang sikit nak buat kerja), gaul rata.
3. Bubuh butter - gaul lagi.
4. Sementara tu pukul telur guna garfu hingga sebati. Tuangkan dalam adunan yang ada dalam kuali tu. Gaul lagi hingga rata dan pekat.
5. Bila dah pekat, matikan api.
6. Masukkan biskut marie agar diselaputi dengan coklat.
7. Sendukkan dalam loyang, tekan untuk padatkan dia.
8. Sejukkan, simpan dalam esbok.
9. Siap.

Kek Gula Hangus

Bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sb bikarbonate of soda
(ayak sekali)

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sb butter

1 cawan susu pekat
3 biji telur


Cara:
1. Gula dimasak hingga hangus, tambahkan air, gaul rata.
2. Bubuh butter, gaul lagi - sejukkan.
3. Pukul telur hingga kembang, bubuh susu pekat - kacau rata.
4. Masukkan tepung, kaup-kaupkan sampai sebati semuanya.
5. Masukkan adunan gula hangus tadi tu.
6. Perap adunan selama 2 - 3 jam.
7. Bakar dalam oven. Suhu 170 darjah selama lebih kurang 1 jam (dalam 10 minit gi tengok.. takut hangus).
8. Siap.

Wednesday, January 27, 2010

Kaya Blossom Cake

Kueh ini sudah lama tidak kubuat, kerana aku malas, kueh ini asal intinya ialah inti kelapa (yang buat dadar gulung tu). Idea menggunakan kaya adalah dari emak Huda.

Bahan:

2 cawan tepung hong kong/alternatif lain tepung gandum pun boleh
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 st ovallete
1/2 cawan air pati daun pandan (daun pandan diblend)
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air biasa (tambah air jika perlu)
1 st warna hijau

Kaya secukupnya

Cara:

1. Pukul telur + ovallete hingga putih.
2. Masukkan gula, pati pandan, santan pekat
3. Masukkan tepung, kaup-kaupkan biar rata
4. Bila dah siap, susunkan paper cup dalam loyangnye (kalau tak de loyang utuk paper cup boleh la masukkan dalam cawan kueh lompang)
5. Sudukan adunan tepung dalam paper cup, pancitkan kaya secukup rasa, sudukan lagi tepung.
6. Kukus lebih kurang 15 - 20 minit. Siap.

** kaya boleh diganti dengan blueberry jem, strawberry jem atau sewaktu dengannya.

Puding Kastad berkuah

Resepi feberet semasa bulan puasa:

Bahan:

1 cawan kastad
5 cawan air (kalau nak tambah susu cair pun boleh juga)
sedikit garam

1 tin susu cair
1 liter air
3 sb kastad - larutkan dengan sedikit air
1/2 cawan gula pasir
1 st esen vanila
Secubit garam

Buah2an coktail dalam tin

Cara:
1. Gaul rata kastad, air dan garam. Masak hingga pekat. masukkan dalam acuan kecik, ataupun kalau malas bubuh aje dalam loyang. Sejukkan.
2. Untuk kuahnya - Masak air hingga mendidih, masukkan larutan kastad, gaul rata. Tambahkan gula dan secubit garam.
3. Kecikkan api, masukkan susu cair, dan kacau rata. Bubuh vanilla sekali.
4. Sejukkan.
6. Bila dah nak makan, ambil 1 biji kastad yang dah beku, tambahkan sedikit coktail (kalau nak banyak.. aku tak kesah). Tuangkan kuah.
7. Siap untuk dimakan. Sejuk aje masuk dalam tekak.

Kastad jagung

Ini adalah resipi basic kastad - sangat simple dan tak ambil masa yang lama untuk membuatnya. Cuma akan mengambil masa sedikit kalau bahan tak der.. ialah kena pergi kedai dan bla.. bla..

Bahan:

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung tin
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
4 cawan air biasa
Secubit garam

Cara:

1. Masukkan semua bahan dalam kuali. Gaul rata - hingga semuanya larut
2. Pasang api, mulalah menggodek adunan tersebut hingga pekat.
3. Kecikkan api, biar sekejap lagi.
4. Masukkan dalam loyang dan sejukkan.
5. Siap.

Puding Roti

Bahan:

8 keping roti
1 tin susu cair

1 bungkus agar-agar
1 1/2 cawan gula pasir

5 sb tepung kastad
2 st esen vanilla
2 biji telur

Pewarna kuning dan coklat (boleh guna coklat emulco)

Cara:

1. Siat roti kecik2 lepas tu rendam dalam susu.
2. Rebus agar-agar dengan 6 cawan air hingga hancur
3. Masukkan gula - rebus lagi hingga pekat sedikit (sementara tu boleh tengok tv).
4. Pukul telur dan tepung kastad - guna garfu/senduk
5. Masukkan roti yang telah direndam tadi ke dalam agar-agar - gaul sebati.
6. Tuangkan adunan telur dan kastad - kacau rata biar tak begentel. Masakkan hingga mendidih sambil terus mengacaunye.
7. Ambil 3 senduk dan bubuh warna coklat, selebihnya bubuh warna kuning
8. Susun selapis demi selapis (ikut kreativiti sendiri mau ingat)
9. Siap, bolehlah disejukkan sebelum dimakan.

Sambal Udang

Sambal udang ini febret bulan kecik.

Bahannya:
20 ekor udang sederhana besar - kopek bersih.

9 tangkai cili kering
5 ulas bawang kecik
3 ulas bawang putih
1/2" halia
1/4" kunyit
Sejemput ikan bilis
(blend semua, jangan lupa tambah sedikit minyak supaya biji cilinya hancus)

Sebiji bawang besar dihiris
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air asam jawa

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan blend hingga naik bau.
2. Bubuh garam dan serbuk perasa
3. Bubuh udang. Biar dalam 5 - 6 minit. Jangan lama sangat nanti udang jadi keras.
4. Bubuh sedikit gula dan air asam jawa.
5. Taburkan bawang besar.
6. Siap.

Jemput-jemput Ikan Bilis

Resipi ini aku dapat dari adik ipar aku Jah namanya.

2 cawan Tepung gandum
2 sb ikan bilis kopek
1 labu bawang besar
Garam
Serbuk perasa
Air panas untuk membancuh

Cara:

1. Gaul rata semua bahan di atas.
2. Larutkan garam dalam sedikit air, campur sekali dengan serbuk perasa.
3. Curahkan air panas, sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang telah digaul itu. Adunan hendaklah tidak cair sangat, sedang baik gitu.
4. Goreng la tepung tersebut supaya menjadi jemput-jemput yang boleh dimakan.
5. Enak sekali dimakan dengan sambal kicap dalam post sebelum ini.

Tahu Goreng & Sambal Kicap

Resipi ni senang sahaja, tapi sedap dimakan. Masakan ini pun aku masak hari ini.

8 keping tahu

7 biji cili api
5 ulas bawang putih
Gula
Serbuk perasa
Kicap manis

Cara:

1. Goreng tahu
2. Tumbuk cili api dan bawang putih
3. Tambah gula dan serbuk perasa
4. Masukkan kicap
5. Siap (dia orang tengah makan pun. Sambal ini juga sesuai untuk jemput-jemput ikan bilis. Nyam nyam.. sedap tu.

Ikan Bawal Masam Manis

Hari ni, inilah yang aku masak:

1 ekor ikan bawal sederhana besarnya
Serbuk kunyit

1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2" halia
1 biji lada merah
(hiris)

3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1 sb sos tiram

Timun potong dadu
Nanas potong dadu (** telupa beli nanas tadi)
Tomato potong dadu
Daun soup/daun bawang (potong seinci-seinci)

1 sb air perahan limau kasturi/nipis
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara:

1. Setelah dibersihkan, gaul kunyit dan garam pd ikan
2. Goreng hingga masak - ketepikan
3. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dihiris hingga layu
4. Masukkan semua sos yang tersebut di atas, tambah garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Tambah sedikit air. Tunggu hingga mendidih. Tambah air limau nipis/kasturi.
6. Masukkan ikan, timun dan nanas.
7. Bubuh tomato dan daun soup/bawang. Tutup api.
8. Sedia untuk dimakan.. sebelum makan, jangan lupa bersihkan dapur dulu.

Dhal Kari

Bahan

1/2 kg tetel/daging lembu pun boleh
1 biji terung
5 tangkai kacang panjang
2 biji kentang
1/2 biji lobak
1 cawan kacang dal - rebus sampai kembang
3 sb serbuk kari

5 Ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1" halia
1" kunyit
(blend)

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
(hiris)
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan
Santan
Garam
Serbuk perasa

Cara:
1. Gaul daging/tetel dengan serbuk kari, garam dan bahan yang diblend tadi - ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis kayu manis dan bunga lawang.
3. Masukkan bawang hiris, tunggu hingga naik bau.
4. Masukkan daging, bubuh garam dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Bubuh sedikit air, tunggu hingga empuk.
6. Masukkan santan cair.
7. Masukkan sayuran bermula dengan kentang dan kacang dhal (kalau tak bubuh kacang dhal tak der maknanye masakan ini)
8. Masukkan sayuran yang lain beserta daun pandan.
9. Bubuh santan pekat dan air asam jawa. Rasa garam.
10. Siap. Boleh dimakan dengan nasi tomato atau apa sahaja jenis nasi. Paling best dimakan dengan roti jala. Sedap beb..

Nasi Tomato ala Bulan Hijau

Bahan untuk nasi tomato:

4 cawan beras basmathi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan
3 sb susu cair
3 sb minyak sapi
3 sb tomato puree
garam secukupnya
air secukupnya

Cara
1. Panaskan minyak sapi
2. Tumis kayu manis dan bunga lawang
3. Tumis segala bawang dan halia hingga naik bau
4. Masukkan air, susu cair, tomato puree dan garam
5. Masukkan beras, bubuh daun pandan.
6. Masuk dalam rice cooker.

Bahan ayam masak merah

1 ekor ayam - potong 12 (ikut suka la nak potong berapa)
Serbuk kunyit

1 batang kayu
2 kuntum bunga lawang

**1 biji tomato
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1" halia
1" lengkuas
3 batang serai
15 tangkai lada kering**
(bahan di atas hendaklah diblend)

3 sb Tomato puree
4 sb Tomato sos
4 sb Cili sos
2 sb susu cair
1/2 kiub ayam
Daun bawang yang dipotong seinci2
Garam
Gula
Serbuk perasa
Kacang peas untuk tabur (tak de pun tak per)

Cara:
1. Goreng ayam hingga masak - ketepikan.
2. Kurangkan minyak, tumis kayu manis dan bunga lawang
3. Tumis bahan yang telah diblend hingga naik bau
4. Masukkan sos cili, sos tomato, tomato puree. Bubuh sedikit air.
5. Tambah garam, gula dan serbuk perasa
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
7. Bila dah masak, bubuh susu cair dan kiub ayam - gaul rata.
8. Taburkan daun bawang.

Bahan pencuk (rojak)

1 biji nanas
1 biji timun
1/2 biji lobak
1 biji lada merah
1 labu bawang besar
Garam
Gula
Perahan air limau nipis

Cara:
1. Racik semua buah dan sayuran. Ikut kreativiti masing-masing.
2. Gaul semua sekali, tambahkan garam, gula dan perahan air limau nipis.

Kalau rajin bolehlah buat dal sekali. Kalau malas, makan nasi tomato dengan ayam masak merah dan pencuk sahaja.. Itupun dah sedap dah.

Nasi Ayam ala Bulan Hijau

Nampak saja macam complicated, tapi bila dah try, sonang ajo tuu..

Bahan utama

1 ekor ayam - potong 12

4 cawan beras basmathi
3 helai daun pandan
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1" halia*
(* hiris - untuk nasi)

5 ulas bawang merah**
5 ulas bawang putih**
1" halia**
1 sb lada sulah**
(blend together - untuk soup)

12 tangkai lada basah merah***
5 ulas bawang putih***
1/2" halia***
(*** blend together untuk sambal)
1 sb perahan limau nipis

Garam
Gula
Serbuk perasa
Serbuk lada
Kicap/madu

Daun soup
Daun salad
Timun
Bawang goreng

Cara:
1. Rebus ayam bersama halia yang telah diketuk
2. Tambah garam secukupnya.
3. Bila dah masak, asingkan ayam dan stok

Untuk memasak nasinyer:
1. Panaskan minyak (minyak lebih sedikit)
2. Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan bawang2 yang telah dihiris itu.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh beserta air rebusan ayam. Tambah sedikit garam (rasanya biar masin sikit - sebab garam tu nanti meresap dalam nasi)
4. Masukkan daun pandan
5. Pindahkan dalam rice cooker.

Untuk ayam goreng:
1. Ambil bahagian yang berisi sahaja. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam, serbuk perasa, sedikit serbuk lada dan sedikit kicap/madu. (kalau nak perap pun boleh juga).
2. Gorengkan ayam hingga masak.

Sambal Nasi ayam:
1. Blendkan lada merah, bawang putih dan halia
2. Didihkan dalam periuk. Bila dah mendidih, tambahkan garam dan gula.
3. Masukkan air perahan limau nipis untuk rasa masam. (sambal nasi ayam ini rasanya masam2 manis)

Soup Nasi ayam:
1. Tumiskan bahan blend hingga garing.
2. Masukkan tulang2 ayam (lebihan dari ayam goreng).
3. Masukkan stok ayam yang lebih dari masak nasi tadi
4. Bila dah mendidih, bubuh sedikit air asam jawa.
5. Bubuh bawang goreng dan daun soup.

Bila semuanya sudah masak bolehlah makan. Jangan lupa beri pada jiran kalau masak lebih.

Sambal Sardin Bulan Hijau

Bahan:

1 tin kecik sardin

5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1" halia*
5 tangkai cili kering*
(* blend)

Air asam jawa
Gula
Garam
Serbuk perasa


Cara:

1. Keluarkan sardin dari tin, asingkan ikan dengan kuahnya
2. Goreng kering sardin (jaga2.. tutup kuali tu, sebab akan berlaku letupan.. hahaha)- ketepikan
3. Cuci balik kuali, panaskan minyak
4. Tumis bahan blend hingga garing
4. Masukkan kuah sardin tadi
5. Masukkan air asam jawa
6. Bubuh gula, garam, serbuk perasa
7. Masukkan sardin
8. Taburkan dengan hirisan bawang besar
9. Sedia untuk dimakan - makan dengan roti pun sodap.

Ayam masak kurma ibuku

1 ekor ayam dipotong 4
1 peket rempah kurma
1 senduk kerisek
1 mangkuk santan
2 batang serai diketuk
Sedikit Kayu manis, bunga lawang
Sedikit gula
Garam
Serbuk perasa
Air asam jawa

7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
(* Blend)

Cara:

1. Tumis kayu manis + bunga lawang
2. Masukkan bahan blend, tumis hingga garing
3. Masukkan rempah kurma tumis lagi
4. Masukkan ayam, garam, serbuk perasa dan gula - sehingga masak
5. Bubuh santan dan air asam jawa
6. Bubuh kerisek
7. Siap.. boleh dimakan!

Kalau nak sedap lagi:

Keluarkan ayam daripada kuahnya. Goreng seketika. Curahkan kuah ke atas ayam. Nyam nyam sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau berdiet, x payah makan nasi, makan ayam sahaja..

Roti John Bulan Hijau

Kalau rasa lapar dan malas nak masak cubalah resipi ni:

Bahan:
4 buku roti john
sedikit butter

2 keping daging burger - direbus, toskan, lenyek
2 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah

Sos Cili
Sos Lada Hitam
Mayonis

Salad, timun, karot - dicincang halus

Cara:

1. Campur rata daging burger yang telah dilenyek dengan telur dan sedikit lada sulah.
2. Panaskan kuali leper bubuh sedikit butter
3. Masukkan sesenduk campuran daging tadi
4. Biarkan 3/4 masak
5. Belah dua roti john, sapu sedikit butter
6. Telungkupkan roti atas daging
7. Tunggu hingga betul2 masak

Proses seterusnya:

Angkat roti, bubuh sayuran, cili sos, sos lada hitam dan mayonis. Sedia untuk dimakan.

Masak Sate Ibuku

1 ekor ayam - potong empat

350 gram gula pasir
15 batang cili kering - dikisar
1 mangkuk santan

10 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
1" halia*
1" kunyit*
1" lengkuas*

** bahan bertanda * hendaklah diblend bersama. Lepas itu bahagi kepada 2 bahagian.

Garam
Serbuk Perasa

Cara:

1. Bersihkan ayam, perap dengan 1 bahagian bahan blend,gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. - perapkan(Lagi lama lagi meresap bumbunya).
2. Setelah beberapa jam berlalu, panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak.
3. Tumiskan bahan yang diblend separuh lagi.
4. Masukkan cili kering yang telah dikisar tadi. Tumiskan lagi.
5. Tuangkan bahan yang telah ditumis itu ke dalam ayam yang sudah diperap tadi.
6. Masaklah sehingga ayam betul-betul masak.
7. Masukkan santan. Rasa garam, tambah jika perlu.
** Proses memasak siap.
Selepas itu:
1. Keluarkan ayam dari dalam periuk - ayam sahaja tau
2. Panggang ayam untuk menambah keenakan sate tersebut.

Cara menghidang:
Curahkan kuah ke atas ayam. Sedap dimakan bersama lontong pisang buatan ibuku, ataupun ketupat daun palas yang dibeli oleh kakakku, serta ketupat pemberian jiran-jiranku. Dia punya sedap, sehingga menjilat jari dan lupa aku tengah diet.

Kari Ayam Ibu Mertuaku

Bahan

1 ekor ayam - potong 8
2 bungkus kecil serbuk kari baba's

5 ulas bawang merah}
5 ulas bawang putih} Blend
1/2" halia }

5 Ulas bawang merah} Hiris
5 ulas bawang putih}

2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih

3 helai daun pandan

Santan secukupnya

Cara:

1. Perapkan ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kari, bahan yang telah diblend
2. Tambahkan garam dan serbuk perasa
3. Panaskan sedikit minyak, tumiskan daun kari dan rencah penumis. Masukkan bawang yang telah dihiris tadi.
4. Masukkan ayam yang telah diperap. Tambah sedikit air. Biarkan seketika.
5. Bila sudah mendidih, rasa garam.
6. Masukkan santan cair dan daun pandan
7. Masukkan santan pekat.
8. Last sekali, bubuh air asam.
9. Bila dah masak - bolehlah dimakan.

** Kalau nak bubuh kentang dan tomato pun boleh juga. Kentang hendaklah dimasukkan seiring dengan ayam agar empuk.

Bingka Labu

Bahan-bahan

1 mangkuk labu yang dah dikupas
1 st garam

1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 biji telur (kalau kecik 3 biji)
1 cawan santan

3/4 cawan butter yang dicairkan

Cara:

1. Rebus labu hingga lembut + garam, toskan, lecek sampai halus
2. Blendkan gula, tepung, telur dan santan sampai rata.
3. Masukkan labu
4. Masukkan butter cair
5. Oleskan loyang dengan sedikit butter
6. Masukkan adunan dalam loyang
7. Bakar pada suhu 170 C lebih kurang 1 jam
8. Sejukkan agar boleh dipotong.
9. Ok, boleh makan dah

Donut

Bahan

1 kg tepung gandum
1 paket yis segera
1 cawan gula
1 3/4 cawan planta/butter
2 1/2 cawan air

Cara:

1. Bancuh yis + gula + air - ketepikan dulu
2. Gaul rata tepung + butter
3. Tuangkan air bancuhan yis sedikit demi sedikit, uli sampai lembut
4. Perap sampai naik (lebih kurang 1/2 jam)
5. Ambil loyang, lepas tu taburkan sedikit tepung
6. Jemput2kan adunan dalam loyang tadi.
7. Buat lubang di tengah.
8. Sambil buat tu sambil goreng
9. Bila dah angkat, tabur gula halus
10. Ok, sedia untuk dihidang.

Dadih

Bahan-bahan

1/3 bungkus agar-agar
6 cawan air
1 cawan gula
1 st garam

1/2 cawan susu tepung dibancuh dengan sedikit air

1 kotak besar susu dutch lady (perisa ikut suka)

Cara Membuatnya

1. Rebus agar-agar + air hingga hancur.
2. Bubuh gula dan garam
3. Masukkan susu tepung, gaul sebati
4. Masukkan susu dutch lady, gaul lagi sampai rata
5. Bubuh dadih dalam cawan kecik, sejukkan.
6. Nak sedap lagi sejukkan dalam peti sejuk
7. Sedia untuk dimakan.