Thursday, January 27, 2011

SOTONG GORENG TEPUNG

Tadi masa membeli ikan, saya teringin pulak nak membeli sotong, lepas tu teringin pulak nak buat sotong goreng tepung, selalunya bila goreng tepungnya tak nak melekat sangat kat sotong, so hari ni saya cuba teknik yang lain sikit, Alhamdulillah ... bolehlah dikatakan agak berjaya.. hehehe

Bahan-bahannya:

6 ekor sotong sederhana besar - bersihkan, potonglah ikut suka nak potong berapa
6 sb tepung beras
1 st serbuk kunyit
1 sb serbuk lada
1 biji telur
1 st garam

Cara-cara Membuatnya:

1. Keringkan dulu sotong tu...
2. Campurkan tepung beras + serbuk kunyit + serbuk lada + telur + garam dengan sedikit air (air sikit aje tau)
3. Setelah rata - masukkan sotong dan gaulkan tepung untuk melitupi semua permukaan sotong.
4. Panaskan minyak - gorenglah sotong tersebut. Kalau takut minyak memercik, silalah tutup kuali anda, tapi kaedah yang saya guna tadi sikitpun tak meletup.. percayalah.
5. Bila da kekuningan dan agak garing sikit - bolehlah diangkat.
6. Sedap dimakan bersoskan sos cili atau sos yang dibuat sendiri.

SOTO AYAM

Semalam saya rasa nak membuat mee soto ajelah - so tak payah makan nasi. Malangnya semasa nak memasak tu rupanya saya terlupa nak membeli meehoon, jadi makanlah dengan mee kuning.. boleh la daripada tak der...

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam - potong lapan
3 ulas bawang merah )
5 ulas bawang putih )
1 inci halia ) dikisar bersama
1 sb lada putih )
3 sb rempah soup
1 bungkus sup bunjut tulang

bahan lain
**sambal kicap
bawang goreng
daun soup yang dimayang halus
taugeh
meehoon/mee kuning/nasi impit
bergedil

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan rempah penumis
3. Masukkan bawang dll yang telah diblender tadi - tumis hingga garing (bukan hangus tau)
4. Masukkan rempah soup yang telah dibancuh dengan sedikit air - tumiskan lagi
5. Masukkan ayam - masaklah sehingga ayam masak.
6. Bubuh garam, serbuk perasa dan air asam jawa
7. Secara amnya dah pun siap dan da boleh dimakan tapi....
8. Keluarkan ayam - gorengkan ayam tersebut sehingga garing
9. Siat-siatkan daging ayam tersebut - tulang ayam pulang balik dalam periuk soup tau
10. Bolehlah makan sekarang samada dengan meehoon atau mee kuning atau nasi impit + sambal kicap + bawang goreng + daun soup jangan lupe bergedil sekali yee..

Cubalah...

IKAN SARDIN MASAK KARI

Memandangkan saya tak sempat nak pergi ke kedai untuk membeli lauk sebab saya membuat kek yang ditempah (maaf ye saya lambat buatkan kek..), jadi selepas siap membuat kek tersebut saya meraba2 dalam laci simpanan barang2 tu saya jumpe sardin dua tin, lalu saya pun memasaklah sardin tersebut:

2 tin kecil sardin
2 biji kentang
1 ulas bawang besar)
2 ulas bawang merah) dimayang halus
2 ulas bawang putih)
1/2 inci halia )
1 biji lada merah )
1 tangkai daun kari
1 biji tomato
rempah kari
garam
asam jawa

Cara-cara membuatnya:

1. Goreng kentang - ketepikan
2. Kluarkan sardin daripada tin - buang sosnya, goreng sardin tersebut - jangan sampai hangus pulak - goreng ala2 je. (sila tutup kuali semasa menggoreng)
3. Campurkan bawang besar + halia + lada + tomato + serbuk kari + air asam jawa dalam satu mangkuk - ketepikan
4. Panaskan minyak - tumiskan daun kari, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan campuran bawang dll + kari tadi tu dalam kuali, bubuh garam dan serbuk perasa secukupnya.
6. Bila dah mendidih masukkan sardin, dalam lima minit gitu bolehlah diangkat.
7. Dan bolehlah dimakan dengan nasi ataupun roti (saya makan dengan roti sebab saya takut gemok balik hehehe...)