Bulan Hijau a.k.a rusimah binti asnawi. Kenapa aku menyalin resipi? Sebab aku suka masak. Kenapa aku suka masak? Sebab aku suka makan..
Tuesday, February 9, 2010
Ayam Golek Ala Cik Kin
Sempena pengantin Ain anak Kak Sue pada 7/2/2010 yang lalu maka Kin dengan sukarelanya telah mengajak aku memasak ayam golek ini sebagai lauk yang akan disajikan masa makan beradab.
Bahannya:
1 ekor ayam
serbuk kunyit
garam
1 paket santan
2 sb jintan manis
2 sb jintan kasar
7 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
** kisar bersama
Daun salad
timun
karot
Cara:
1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kukus selama 1 jam. Toskan.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar. Bila dah naik minyak, masukkan santan, garam, gula dan serbuk perasa. Ketepikan.
3. Lumurkan ayam dengan sedikit bahan tumis yang telah masak tadi. Panggang ayam selama lebih kurang 30 minit.
4. Bila dah masak, keluarkan.
5. Hiaslah ayam sekreatif yang anda boleh lakukan.
6. Siap dan bolehlah dihidangkan di atas meja pengantin. (Tapi pengantin makan cikit ajer sebab malu).
2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment